Hospital
Angliss
Hospital Box Hill
Hospital Healesville & Daerah District
Hospital Maroondah
Pusat Peter James
Pusat Kesihatan Masyarakat Yarra Valley
Menjaga
kebebasan anda dari gangguan ('privacy') dan kerahasiaan maklumat peribadi
anda adalah penting kepada kami di Eastern Health.
Kami
mematuhi semua perundangan negeri Victoria berkait dengan kerahasiaan
dan 'privacy', termasuk Akta Perkhidmatan Kesihatan 1988 (Vic.), Akta
Rekod-Rekod Kesihatan 2001 (Vic.) dan Akta 'Privacy' Maklumat (2000).
Syarat-syarat Akta Kesihatan Mental dan Akta Kebebasan Mendapat Maklumat
masih berkuatkuasa.
Kami
mempunyai polisi tentang bagaimana kami mengurus maklumat anda dan
bagaimana anda boleh memohon untuk melihatnya. Eastern Health tidak
boleh menggunakan ataupun memberi maklumat tentang anda kepada orang
lain kecuali jika anda bersetuju ataupun jika ia dituntut di bawah
undang-undang.
Maklumat
peribadi anda
Kami
akan mengumpulkan hanya maklumat yang diperlukan untuk memberi anda
rawatan kesihatan dan untuk fungsi-fungsi pengurusan. Kami akan melakukannya
dengan cara yang adil, sah dan tidak menyinggung perasaan dan jika
boleh, kami akan mengumpulkan maklumat secara langsung dari anda,
dan bukan dari orang lain. Kadangkala kami akan memerlukan maklumat
tentang anda dari orang lain tetapi kami akan berusaha bersungguh-sungguh
untuk memberitahu anda jika kami perlu berbuat demikian.
Pada
waktu rawatan anda dimulakan anda boleh memberitahu kami jika anda
ingin menghadkan kebebasan maklumat peribadi atau tentang maklumat
kesihatan anda diberikan kepada orang/orang-orang tertentu. Kami menghormati
hak anda untuk tidak membenarkan maklumat diberikan kepada pihak lain,
maka jika ini adalah kemahuan anda, kami akan meminta anda mengisi
borang Refusal to Release Information (Tidak Dibenarkan Maklumat Diedarkan).
Jika anda tidak mengisi borang tersebut, kami akan mengandaikan bahawa
anda bersetuju maklumat tentang anda boleh diberikan kepada orang
lain seperti yang dijelaskan di dalam brosur ini.
Bagaimana
maklumat anda digunakan
Orang-orang
yang menjaga kesihatan anda perlu menggunakan maklumat tentang anda,
dan jika anda perlu dirawat di luar Eastern Health, beberapa maklumat
mungkin perlu diberikan kepada penjaga-penjaga kesihatan lain.
Eastern
Health mungkin perlu menghantar maklumat tentang kesihatan anda, seperti
laporan x-ray, hasil penemuan ujian atau arahan-arahan khusus untuk
doktor anda atau doktor yang merujukkan anda kepada kami. Jika anda
tidak mahu ini berlaku sila berbincang dengan kami, oleh sebab anda
mungkin membahayakan kesihatan anda jika doktor anda tidak diberitahu
segala yang telah berlaku/kedudukan kesihatan anda sebenarnya.
Ada
kemungkinannya kami akan menggunakan beberapa maklumat tentang anda
untuk tujuan-tujuan lain yang dibenarkan di bawah undang-undang 'privacy'.
Misalnya, untuk menilai rawatan dan layanan (peningkatan qualiti),
menghantar akaun, atau merancang dan mengurus perkhidmatan kesihatan
kami.
Maklumat
anda boleh juga digunakan untuk penyelidikan yang berkait dengan kesihatan.
Jawatankuasa Penyelidikan dan Ethika Eastern Health yang bertanggungjawab
meluluskan projek-projek penyelidikan menyiasat dengan teliti semua
cadangan penyelidikan. Para penyelidik mesti patuh kepada garis panduan
tentang kerahasiaan yang ketat dan maklumat peribadi yang boleh mendedahkan
identiti anda tidak akan digunakan tanpa persetujuan anda.
Dalam
keadaan tertentu, di bawah undang-undang, Eastern Health mesti memberi
beberapa maklumat peribadi kepada organisasi-organisasi seperti Jabatan
Perkhidmatan-Perkhidmatan Kemanusiaan, Mahkamah-mahkamah atau penjamin
pihak ketiga (third party insurers).
Ketepatan
dan keselamatan maklumat anda
Kami
berusaha seboleh-bolehnya untuk menentukan bahawa maklumat yang kami
pegang tentang anda adalah tepat, sempurna dan terkini. Walau demikian,
anda juga bertanggungjawab memberi kami maklumat yang sempurna dan
tepat. Tolong beritahu kakitangan kami jika ada perubahan pada butir-butir
tentang anda secepat mungkin.
Penggunaan
rekod pesakit dan sistem komputer dikawal rapi dan sentiasa diawasi.
Kakitangan
dan pengguna luar yang diberi kebenaran hanya boleh menggunakan sistem-sistem
yang perlu mereka gunakan untuk menjalan tugas masing-masing.
Melihat
maklumat anda
Anda
boleh meminta untuk melihat maklumat tentang anda yang kami simpan.
Dalam keadaan tertentu kami berhak menolak permintaan anda, tetapi
jika ini terjadi kami akan menjelaskan mengapa ia ditolak.
Kami
akan memberitahu terlebih dahulu jika dikenakan bayaran.
Seorang
Pegawai Kebebasan Mendapatkan Maklumat boleh dihubungi di setiap kampus
untuk membantu anda jika anda ingin melihat atau mendapatkan maklumat
yang kami simpan tentang anda. Kami biasanya meminta supaya anda memajukan
permintaan anda secara bertulis.
Meneruskan
ikatan perhubungan
Sesi-sesi
maklumat kesihatan diadakan sepanjang tahun dan kami ingin memberitahu
anda tentang sesi-sesi ini. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami,
kami mungkin akan berhubung dengan anda melalui telefon ataupun menghantar
borang soal-selidik. Kami menghargai pendapat anda tentang Eastern
Health. Identiti anda tidak perlu dinyatakan pada jawapan anda dan
penglibatan anda adalah secara sukarela.
Ada
kemungkinannya kami akan meminta sokongan anda apabila kami mengadakan
aktiviti mendapatkan wang bantuan. Kadangkala kami menggunakan agensi-agensi
luar untuk menghantar surat dan dengan itu kami perlu memberi mereka
nama dan alamat orang-orang yang ingin dihubungi. Agensi-agensi ini
terikat oleh kod-kod kerahasian yang ketat.
Anda
berhak bersetuju ataupun menolak sebarang kontak dengan Eastern Health.
Jika anda tidak mahu menerima maklumat, sila beritahu secara bertulis
dengan mengisi borang Refusal to Release Information (Tidak Dibenarkan
Pengedaran Maklumat) yang boleh didapati dari kakitangan kami.
Pengaduan
Butir-butir
lanjut tentang hak dan tanggungjawab anda atau bagaimana untuk membuat
pengaduan boleh didapati di klinik atau pusat anda. Polisi
"Privacy' Eastern Health boleh dilihat di web site kami.
Perkhidmatan
Penterjemah
Para
pesakit dan penjaga yang mengalami kesulitan dalam menggunakan bahasa
Inggeris boleh meminta supaya seorang penterjemah profesional hadir
untuk membantu ia berkomunikasi. Jika diperlu, ini boleh diatur dengan
kakitangan kami.